• Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, KL
  • 03-4108 9669
  • admin@hidayahcentre.org.my
INFAQ
In Artikel

KEUTAMAAN BERSEDEKAH DI BULAN RAMADAN – 1

Siri 3 – KEHEBATAN SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN

Keutamaan sedekah di bulan Ramadhan pertamanya adalah; puasa digabungkan dengan sedekah dan solat malam sama dengan jaminan syurga. Puasa di bulan Ramadhan adalah ibadah yang agung, bahkan pahala puasa tidak terbatas sebagaimana yang dikhabarkan dalam sebuah hadits qudsi , “Setiap amal manusia akan diberi ganjaran kebaikan semisalnya sampai 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, kerana puasa itu untukKu dan Aku yang akan membalasnya.” (HR Muslim)

Selain sedekah yang telah kita ketahui keutamaannya, solat malam juga merupakan ibadah yang agung di mana jika didirikan di bulan Ramadhan dapat menjadi penghapus dosa-dosa yang telah lalu. Rasulullah saw bersabda,“Orang yang solat malam kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Ketiga-tiga amalan yang agung ini terkumpul di bulan Ramadhan dan jika semuanya dikerjakan, maka balasannya adalah jaminan syurga sebagaimana sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya di syurga terdapat ruangan-ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan solat di kala kebanyakan manusia tidur.” (HR At Tirmizi dan dihasankan oleh Al Albani dalam ‘Shahih At Targhib’)

Oleh : WAS

Please follow and like us:
%d bloggers like this: