• Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, KL
  • 03-4108 9669
  • admin@hidayahcentre.org.my
INFAQ
In Artikel

KEUTAMAAN BERSEDEKAH

SIRI 2 : KEHEBATAN SEDEKAH DI BULAN RAMADAN

Allah swt benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Ia menjanjikan banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang gemar bersedekah. Terdapat banyak dalil yang menceritakan keuntungan, keutamaan, kemuliaan  orang-orang yang bersedekah.

 Ibnu Hajar Al Haitami mengumpulkan banyak hadits mengenai keutamaan sedekah dalam sebuah kitab yang berjudul “Al Inaafah Fimaa Ja’a Fis Shadaqah Wad Dhiyaafah”.  Banyak keutamaan dalam amalan ini seakan-akan seluruh kebaikan terkumpul dalam satu amalan ini sahaja, iaitu sedekah.  Maka, sungguh menghairankan bagi orang-orang yang mengetahui dalil-dalil tersebut namun hatinya tidak juga terpanggil serta tidak tergerak tangannya untuk banyak bersedekah.

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah, apalagi di bulan Ramadhan, amalan ini lebih diutamakan lagi. Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah swt, sebagaimana hadits berikut, “Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR Al Baihaqi, di shahihkan oleh Al Albani dalam ‘Shahihul Jami’)

Rasulullah saw bersabda,“Dunia itu untuk 4 jenis hamba : Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturrahim. Dan ia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR Tirmizi dan ia berkata: “Hasan Shahih”)

Salah satu sebab kenapa Rasulullah saw memberi contoh tauladan untuk lebih bersemangat dalam bersedekah di bulan Ramadhan adalah kerana bersedekah di bulan itu lebih hebat berbanding di bulan lainnya.

Oleh : WAS

Please follow and like us:
%d bloggers like this: