• Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, KL
  • 03-4108 9669
  • admin@hidayahcentre.org.my
INFAQ
In Artikel

RAMADAN PENGHIBUR HATI ORANG MUKMIN

 

Sedekah Ramadan Siri 1 – HCF

‘RAMADAN PENGHIBUR HATI ORANG MUKMIN’

Sedekah adalah termasuk amalan yang sangat mulia kerana ia menggambarkan wujudnya  ibadah yang prihatin dalam hubungan antara sesama manusia (‘hablun minan naas’) dan dengan sedekah itulah kita dapat membantu sesama kita yang memerlukan serta dalam keadaan serba kekurangan.

Dalam beberapa riwayat hadis Nabi saw menyebutkan bahwa kita boleh juga bersedekah tanpa menggunakan material seperti  berzikir, berdakwah, mendamaikan perbalahan, berkata yang baik, membuang duri dijalanan, memikul bebanan orang lain, memberi nasihat kepada orang  yang memerlukan dan yang paling mudah, tersenyum.

Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun adalah penghibur hati bagi orang mukmin. Ini kerana kelebihan dan keutamaan yang ditawarkan di dalam bulan yang mulia ini. Antara keistimewaan Ramadhan ialah pahala amal dilipatganda manakala keampunan Allah bertebaran memenuhi setiap ruang dan waktu.

Seseorang yang menyedari kurangnya bekalan yang dimiliki untuk menghadapi hari penghitungan kelak tidak akan terkecuali untuk berasa gembira bagi menyambut Ramadhan. Begitu juga insan yang menyedari betapa banyak dosa yang melumuri dirinya, tidak ada lain kecuali merasa bahagia akan kedatangan bulan Ramadhan. Implikasinya kita lihat ramai yang berpusu-pusu melaksanakan ibadah terutama di waktu malam bersolat tarawikh.

Oleh : WAS

Please follow and like us:
%d bloggers like this: