• Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, KL
  • 03-4108 9669
  • admin@hidayahcentre.org.my
INFAQ
In Sabah

MOMOGUN MUSLIM SATU PERMULAAN

18 Dis- Kota Kinabalu. Pengenalan tentang apa itu Momogun Muslim dalam satu forum yang berlangsung di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) baru-baru ini menarik perhatian lebih daripada 200 orang masyarakat Momogun dan Muslim di sekitar bandaraya itu.

Penalis jemputan kali ini menampilkan tokoh-tokoh pemimpin yang terdiri daripada bangsa Momogun iaitu Tuan Haji Nicholas Sylvester (Pengerusi Hidayah Centre Foundation), Encik Azizul Julirin (Presiden Persatuan Siswazah Sabah) dan Puan Nooraidah Hidayah Dakun (Pendakwah HC Keningau). Mereka banyak mengupas isu-isu semasa yang berkaitan Momogun Muslim dikala memeluk agama Islam, adakah perlu menukar budaya, menukar bahasa, menukar bangsa dan cabaran yang mereka hadapi serta yang paling utama adalah soal identiti, peradaban dab budaya Momogun Muslim.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). AQ49:13

Panelis istimewa iaitu YBhg Sohibus Samahah Datuk Haji Bungsu @ Aziz Jaafar juga banyak menerangkan salah faham dan kekeliruan dikalangan jemaah dalam menyantuni mereka yang memeluk Islam. Turut menjelaskan bagaimana untuk menjelaskan tentang figh berinteraksi dengan bukan Muslim dan memberi garis panduan dalam fiqh dakwah serta menyeru kepada masyarakat Muslim di Sabah untuk menyokong gerakan murni ini untuk memastikan mereka tidak ada salah faham tentang peradaban ini.

Sesi forum diserikan dengan kehadiran Pengerusi MBR, YBhg Datuk Haji Abdul Jamal Tun Sakaran dan seterusnya menyampaikan cenderahati kepada para panelis forum malam itu.

Pihak penganjur Protem Pertubuhan Momogun Muslim SeMalaysia dan Hidayah Centre Sabah mengucapkan jazakumullahu khoiron jaza’ kepada pihak pengurusan MBR atas kesudian bekerjasama dalam menganjurkan forum perdana ini.

Please follow and like us:
%d bloggers like this: